Tuesday, October 5, 2010

ADAT RESAM PELBAGAI KAUM.

ADAT RESAM : PERKAHWINAN.

PERKAHWINAN KAUM MELAYU. 
  1. MERISIK.
  • Dilakukan oleh pihak lelaki untuk memastikan gadis yang ingin dikahwini belum berpunya.
  • Untuk mendapatkan maklumat latar belakang gadis,tingkah laku,kemahiran rumahtangga,adab sopan,dan lain-lain.
      2.MEMINANG.
  • Pihak lelaki yang diwakili oleh ibu bapa,saudara sekali lagi ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan persetujuan secara rasmi.
  •  Berbincang tentang tarikh dan masa sesuai untuk pertunangan.
  • Rombongan pihak lelaki berkunjung ke rumah pihak perempuan dengan membawa hantaran.
       3..AKAD NIKAH.
  •  Upacara terpenting sebelum disahkan sebagai suami isteri yang berlangsung di rumah pengantin perempuan,masjid atau pejabat agama.
  • Dijalankan oleh kadi,imam dan jurunikah.Pihak perempuan boleh melakukan upacara akad nikah dengan kebenaran pendaftar.
  • Akad nikah diadakan sebelum majlis kenduri berlangsung.
  • Keluarga pihak perempuan menerima hantaran.
  • Jurunikah mendapatkan persetujuan pengantin perempuan dan membaca khutbah nikah dan menerangkan tanggungjawab suami isteri dari segi agama.
  • Jurunikah berjabat tangan dan melafazkan ijab kepada pengantin lelaki.Pengantin lelaki  terus melafazkan ayat penerimaan dan disahkan 2saksi.
  • Doa selamat akan dibacakan.Suami menunaikan solat sunat tanda kesyukuran.
  • Suami menyarungan cincin kepada isterinya.
     
      4. MAJLIS KENDURI.
  • Persiapan seperti membina khemah,membuat bunga telur dan memasak dibuat.
  • Pengantin perempuan akan dihias.
  • Pengantin lelaki dan rombongannya diiringi paluan kompang bergerak dari rumah penanggak ke rumah pengantin perempuan.
  • Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki.
  • Persembahan silat diadakan di hadapan pengantin dan mereka diiringi ke rumah untuk diraikan.
  • Mereka diraikan dengan merenjis air wangi oleh tetamu khas akan diberikan bunga telur.
  • Hadirin juga diberikan bunga telur dan cenderahati dari keluarga pengantin.
  • Selepas merenjis,majlis makan beradab diadakan.






PERKAHWINAN KAUM CINA.




         1. MERISIK.


  • Mengetahui latar belakang keluarga pihak perempuan.(Orang Cina mementingkan nama,maruah dan keturunan yang baik.
  • Perbincangan akan diadakan.
  • Keluarga lelaki akan mengunjungi rumah pihak perempuan dan perbincangan diadakan tanpa kehadiran anak-anak mereka.
  • Tradisi makan bersama akan mengeratkan perhubungan keluarga.
  • Ibu bapa membuat keputusan atas pendapat dan nasihat saudara mara.


         2.MEMINANG.
  • Ibu bapa lelaki akan menghantar wakil untuk meminang.Ibu perempuan berbincang dengan wakil pihak lelaki.
  • Perbincangan adalah tentang as kahwin,peruntukan meja untuk jamuan makan dan pemilihan tarikh perkahwinan.
  • Pihak lelaki diminta datang kali kedua sebab kemungkinan pengantin mengubah fikiran dan pinangan tidak diterima.
  • Mas kahwin yang diminta oleh pihak perempuan dipersetujui oleh pihak lelaki untuk menjaga maruah keluarga.


        3.PERTUNANGAN.
  • Tanda pasangan itu telah dimiliki.
  • Kenduri makan secara sederhana diadakan dalam kalangan saudara mara dan pasangan pengantin bertukar-tukar cincin.
         4.WANG HANTARAN.
  • Wang tunai diberi untuk membeli kelengkapan peribadi pengantin perempuan.
  • Keluarga perempuan akan diberitahu tarikh perkahwinan. 


       5.MAJLIS PERKAHWINAN.
  •  Baju pengantin sebaiknya berwarna putih,merah atau kuning.Baju hitam,biru atau kelabu dilarang kerana melambangkan kematian dan kesedihan.


       6.DI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN.
  • Mengadakan jamuan makan untuk meraikan saudara mara dan pengantin lelaki.
  • Pada hari perkahwinan,pengantin lelaki akan ke rumah perempuan.
  • "Ang Pau" akan diberi kepada anak buah pengantin perempuan yang membuka pintu kereta.
  • Upacara pemujaan nenek moyang dijalankan.
  • Pengantin akan mempersembahkan teh kepada ibu bapa pengantin perempuan.Mereka memberi "Ang Pau" kepada pengantin.


        7.DI RUMAH PENGANTIN LELAKI.
  • Jamuan makan diadakan.
  • Pasangan menyembah dan menjamu teh kepada nenek moyang untuk mendapat keberkatan,dan kepada ibu bapa pengantin lelaki.




    PERKAHWINAN KAUM INDIA.


  1. MERISIK.
  • Pihak lelaki mengunjungi rumah calon perempuan dengan membawa buah tangan seperti kelapa,sirih,buah pinang,cendana,buah-buahan dan serbuk 'kumkuma'(berwarna merah).
  • Jika pihak perempuan bersetuju,mereka menerima hantaran tersebut.Jika tidak pihak lelaki akan hanya dilayan sebagai tetamu dan hantaran tidak akan diambil oleh pihak perempuan.
  • Apabila dipersetujui,pihak perempuan akan ke rumah lelaki  untuk berbincang tentang persiapan.


     2. PEMBERIAN HADIAH ("PARISAM")


  • Pihak lelaki menghantar hantaran dalam jumlah ganjil.
  • Hantaran mesti dibawa oleh wanita (saudara mara lelaki)yang sudah bersuami.Ini dinamakan "sumanggali'.
  • Pengantin lelaki akan mengetuai rombongan ke rumah pengantin perempuan untuk membawa "Parisam" iaitu sari perkahwinan,barang-barang kemas,buah-buahan sirih pinang, dan kelapa dibawa ke rumah pengantin perempuan.
  • Pihak perempuan akan meletakan buyung ("Puurana kumbam")di ruang tamu dan lampu minyak ("kuttu vilakku") akan diletakan di sebelah buyung sebagai tanda kurnian.
  • Sebuah pondok serupa yang diperbuat daripada daun kelapa dan dihias dengan daun mangga dan daun kelapa muda dibina di hadapan  rumah pengantin perempuan.
  • Apabila pengantin lelaki tiba,hadiah akan diletakkan di hadapan buyung di ruang tamu.Upacara sembahyang dijalankan.
  • Bapa pengantin perempuan akan mengambil sari dan memberikannya kepada pengantin perempuan,selepas memakai sari ("Parisam"),pengantin perempuan dipimpin oleh seorang wanita ke ruang tamu.
  • Pengantin perempuan dikalungkan bunga iaitu ("Orrai maalai") oleh saudara-mara.




Bertukar-tukar kalungan bunga.
Pengantin atas pelamin.
Sembahyang kepada Tuhan.


      3.MAJLIS PERKAHWINAN.

  • Dilangsungkan di kuil Hindu atau di dewan.
  • Pengapit pengantin lelaki akan memimpin pengantin ("maapillai") ke pelamin ("Manavarai") dan mengelilinginya mengikut arah jam dan akhirnnya duduk di hadapan pelamin.
  • Pengantin lelaki dipakaikan cincin yang diperbuat daripada rumput ("Pavitram").
  • Tali berwarna kuning diikat pada pergelangan tangan kanan pengantin lelaki.
  • Pengapit (biasanya adik perempuan pengantin lelaki) membawa pengantin perempuan masuk.Pengantin perempuan dengan pengapitnya mengelilingi pelamin dan sampai ke tempat duduk.
  • Pengantin perempuan memakai sari yang direstui,dengan kalungan bunga.
  • Pengantin duduk atas pelamin,ibu bapa menukar dulang berisi sirih,pinang dan buah-buahan.Ibu bapa menuangkan susu ke tapak besan sebagai tanda penyerahan anaknya.
  • Pengantin lelaki mengikat "Thali" dan pasangan menyarungkan kalungan bunga sebanyak 3kali.
  • Apabila tiba di rumah pengantin lelaki,pasangan pengantin masuk langkah kaki kanan dahulu.
  • Mereka diberi minum susu yang bercampur pisang. 

    No comments:

    Post a Comment